Friday, October 16, 2009

Update

1. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin from Smeshian 0105 admin. (eventho its end of Syawal.. hehe)

2. Hope everyone in pink of health :)

3. Take care!


P/S: If you have any comments, announcements or anything to post; be free to do so. U can email to Izwan or just leave message in comment box. 

Tuesday, August 11, 2009

ex-smeshians give back.

salam..
selamat papema(pagi, ptg n malam...hihihi)

hai kawan2..
waaaa...kamu btmbah ensem n cantik2 gituuu...(begitu ikhlas sekali nak memuji ni..)

ok, back to my real point..
sy ada 1 plan yg myb akan jadik best if u guys interested to join with me..
after 5 years kita dah meninggalkan smesh, dgn ini sy merancang untuk kita mengembalikan diri ke SMESH pada july/august 2010 yg akan dtg..

tujuannya??
-ex-smeshian give back..
rasanya SMESH dah bagi kita macam2 bukan??
so this is the time for us to give something back..

kena buat apa??
-sy merancang nak buat motivation camp untuk juniors kita di smesh..sy fikir ia hanya akan melibatkan pelajar2 form 4 n 5 ja kot..
-max 3 hari..bnyak aktiviti yang akan kita plan..torture dan sebagainya..wakakakkaka...
-aktiviti2 ni yang kita kena plan dr skrg..

lepas camp ni kita boleh buat apa??
-REUNION!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
-lepas ja camp ni, kita blh terus betolak kemana-mana yang kita mau, pulau ka, gunung kinabalu ka, kampung c anor ka or etc..sila bagi cadangan2 masing...

n then apa yg sy mau skrg??
-sy nak tau, siapa yg nak join???
-n then, to those yg study jauh2 tu, sy nak tau bila kamu ada cuti??? and yg study kat malaysia, bila kamu bcuti?? so maybe kita boleh decide tarikh yg pada masa tu semua org available...
-pls, sy nak kerjasama dr anda semua..
-pls sebarkan benda ni kepada semua batch kita ok..
-bila semua dah settle, baru la sy akan discuss ngan Pihak Kaunseling SMESH..(or maybe ada sesiapa yang nak tawarkan diri ke SMESH and jumpa ngan cikgu Jaini?? usaha anda amatlah dihargai...
-pls pls pls.. sy nak anda melibatkan diri anda dalam program ini terutama sekali yang mempunyai masa tuu..(sy tau kita semua sibuk dengan rutin seharian, but still tak kan tak boleh nak luang sedikit masa kan? pls~~~ sy tgh duduk melutut sambil merayu ni hah.. hehe)

ok, pls reply to this post as soon as possible..
thanks.

Friday, July 24, 2009

Simple update

1. Just so u know;

SMESH MULA DI KURANTIN MULAI HARI INI, BERIKUTAN 4 ORANG PELAJAR POSITIF H1N1,

SEGALA AKTIVIT LAWATAN ATAU BALIK BERMALAM DIBATALKAN

that is DANGEROUS. take care mates! take all the preventions, may God bless us. 

2.
 
3.
(kinda missing this; the event and the people)
source: smesh-online.com

Tuesday, June 2, 2009

SMESH: nampaknya semakin hebat..

1.Muhyiddin arah pemantauan sekolah berasrama diperbaiki

PUTRAJAYA: Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster perlu menyediakan mekanisme pemantauan lebih berkesan terhadap Pelan Pendidikan Sekolah Berasrama Penuh (PPSBP) 2008-2015 bagi menjana kecemerlangan sekolah berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pemantauan itu memerlukan kerjasama beberapa bahagian di kementerian terutama Bahagian Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti serta Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

"Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster perlu menyediakan mekanisme pemantauan ini berdasarkan PPSBP serta menyediakan Laporan Kemajuan untuk bahagian serta semua SBP yang boleh digunakan sebagai KPI (Petunjuk Prestasi Utama).

"Langkah ini penting supaya SBP terus menjadi show case untuk kecemerlangan secara menyeluruh," katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Berasrama Penuh ke-36/2009 dan Pelancaran Buku Pelan Pendidikan Sekolah Berasrama Penuh di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha kementerian, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata kemahiran komunikasi, daya saing serta daya kepemimpinan perlu diterapkan di kalangan pelajar SBP kerana kecemerlangan akademik semata-mata tidak mencukupi.

Justeru, katanya, Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kluster serta pengetua SBP perlu meneliti semula serta merancang aktiviti di SBP supaya mampu melahirkan pelajar dengan personaliti unggul dan holistik.

"Hari ini, kecemerlangan SBP terus disaingi oleh pencapaian hebat Sekolah Menengah Premier, Sekolah Kluster Kecemerlangan, sekolah swasta dan juga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

"Maka, pendekatan untuk melonjakkan kecemerlangan SBP perlu diperbaiki supaya dapat memberi impak positif dalam memajukan sekolah ini untuk mencapai visi SBP iaitu `Melahirkan Pemimpin Bertaraf Dunia'," katanya.

Muhyiddin berkata, dari segi pencapaian akademik bagi tahun lalu, seramai 3,540 pelajar SBP memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), manakala 1,466 pelajar memperoleh semua A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Saya gembira kerana pencapaian cemerlang akademik pelajar SBP turut diseimbangkan dengan pencapaian mereka dalam bidang kokurikulum hingga ke peringkat antarabangsa," katanya.

Muhyiddin turut menyebut beberapa kejayaan SBP seperti kejayaan Kolej Tunku Kursiah menduduki tempat ketiga dalam Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi Intel di Amerika Syarikat tahun lalu, manakala Sekolah Menengah Sains Muhamad Jiwa pula mendapat tempat pertama Best Presenter di International Student Science Fair 2006 di Korea Selatan.

Sekolah Menengah Sains Sabah terpilih mewakili Malaysia untuk Pertandingan Robotik Dunia 2007 di Taiwan dan tahun lalu di Jepun serta mendapat Excellent Award sebagai antara 10 kumpulan terbaik dunia untuk pertandingan pada 2007.

Pada majlis itu, Muhyiddin menyampaikan Anugerah SBP Cemerlang Keseluruhan 2008 kepada Kolej Tunku Kursiah dan Anugerah Perdana Akademik kepada Sekolah menengah Sains Hulu Selangor, manakala Anugerah Perdana Kokurikulum dimenangi Sekolah Dato' Abdul Razak di Seremban.



2.ranking SBP-SPM 2008

Berikut adalah ranking penuh 54 buah SBP untuk SPM 2008. Ranking (termasuk subjek EST) yang telah dipaparkan di laman web SBP Excellent adalah seperti berikut :

  1. SASER 1.612
  2. KISAS 1.68
  3. ASIS 1.754
  4. SAMURA 1.83
  5. SESTER 1.841
  6. INTEGOMB 1.883
  7. SAINS JOHOR 1.906
  8. TKC 1.930
  9. SEPINTAR 1.951
  10. SESERI 1.979
  11. KUSESS 1.99
  12. BRAINS 2.004
  13. SEMASHUR 2.014
  14. SMSSI 2.005
  15. SEMESTA 2.059
  16. MCKK 2.073
  17. MOZAC 2.084
  18. SBPI SELANDAR 2.075
  19. SMAPK 2.11
  20. SAS 2.108
  21. FARIS PETRA 2.135
  22. SESMA 2.142
  23. ITEM 2.143
  24. STJ 2.171
  25. SAINA 2.171
  26. SMAPL 2.198
  27. INTERSABER 2.193
  28. SSP 2.188
  29. STF 2.221
  30. SBPI JEMPOL 2.248
  31. SYTRA 2.266
  32. SMACH 2.269
  33. SMSS 2.289
  34. SMSAH 2.305
  35. IGOP 2.277
  36. SMESH 2.321
  37. SBPI Kubang Pasu 2.307
  38. SBPI PEKAN 2.355
  39. INTEK 2.382
  40. SERATAS 2.409
  41. SEMSAS 2.406
  42. SDAR 2.419
  43. SCIPP 2.437
  44. SAINS KUCHING 2.438
  45. SHAH PEKAN 2.434
  46. SAINS MIRI 2.44
  47. SEMUJI 2.446
  48. SEMESTI 2.447
  49. SAKTI 2.444
  50. STAR 2.456
  51. SOKSEK 2.604
  52. SAINS LAHAD DATU 2.621
  53. SAINS DUNGUN 2.637
  54. SAINS LABUAN 2.822

wawawawa..
nmpaknya SMESH da kehadapan..
baguslah adik2 kita d smesh dah pun sedar akan kepentingan untuk cemerlang dlm akademik n kokum..moga2 mereka jugak cemerlang dlm aspek kerohanian dan mempunyai sahsiah dan akidah yg baik..huhuhu...
smesh da mnjadi kuasa kokum n kuasa akademik d rantau zon SQL..
tahniah..

my point is, kecemerlangan SMESH hari ni dikatakan bermulanya dr badge kita..
semangat yg kita pamerkan untuk berjaya dlm semua aspek menjadi contoh dan tauladan buat mereka untuk brjaya..(bukan sy yg nak memandai cakap cam ni k, ni cikgu2 SMESH yg gtau sy...)

wah,alangkah terharunya..ya lah, pabila badge kita d anggap sbg badge contoh, mstilah kita berbangga bukan?? huhuhu..

dan sy dan kengkawan yg lain pun ingin tahu gak perkembangan anda2 semua..
nak tau gak kecemerlangan anda2 semua dlm semua aspek..
dgr2 ramai kengkawan kita d UMS aktif ngan aktiviti debat..
wah,hebatnya...
ada jugak yg jd MPP msa d matrikulasi dlu kan??
wawawa...pemimpin yg hebat gitu..
ada x yg jd MPP d univ??
4 ur information, rakan kita Mohd.Shafwan Abd.Wahab merupakan presiden of student association d Univ.Malaysia Terengganu!!(camana sy tau?? sy baca blog dia la.. kehkehkeh..)
wawawa,,,
tahniah shafwan,anda memang pemimpin yg hebat..
moga menjadi pemimpin yang d segani ramai gitu...
(dan moga2 sy jugak jadik pemimpin yg baik since i'm also one of the JJM Medical College students' association members...i'm the only malaysian who manage to be in this association.. hihihi...)

bagaimana pulak ngan rerakan yg lain??
pls inform us, lets share the moments of glory..
cewah...

p/s: nak dgr update dr rakan2 kita e.g..khairee, azira, hairul, along,zarith, ronny sandau, hafiz hamjah, budak2 ums, jamilah(where is jaymee????), shafwan(camana prasaan jd presiden???),razi,kengkawan yg ada d malaysia dan d negara org...

guys, cepat2..
x sabar2 nak dgr update dr anda semua..

promotion: sila2 la ke blog yern.. blog paling laris sekali..hebat!! ramai sekali followers dia.. hebat hebat hebat!!!! hehehe..

Monday, June 1, 2009

Mid!

waaah. tanpa disedari kita telah menginjak ke angka 6 daripada 12 bulan dalam setahun.

mid year. mid 2009. June!

bagaimana resolusi anda pada tahun ini? half checked, half uncheck? 

p/s:aim bulan May untuk mengumpulkan seramai 60 org badge 01-05 tidak kesampaian. sambutan kurang menggalakkan dari org UMS. atau mungkinkah masih ramai yang belum alert tentang kewujudan blog ini?

Wednesday, May 27, 2009

alamak!!! dah nak abis dah bulan May..

Assalamuallaikum w.b.t...
dan salam sejahtera...

hai hai hai...
wawawa...
dah semakin ramai kengkawan yg join..
dah 25 ORANG!!!

eh??kenapa kena bold tu??
sedih sedih sedih..(buat cara upin n ipin...)
nampaknya, usaha kita untuk mengumpul seramai berapa org ahli anor??(lupa lupa lupa)
x tercapai la nampaknya...
betul betul betul...
kenapa??
maybe kita still tak berkerja keras lagi kot untuk mencari kawan2 kita yang menghilangkan diri tu or mereka xnak join kita untuk menyambung kembali ikatan persahabatan kita yang da lama tergendala....(cewah, ayat macam buat karangan BM la pulak da...)

ok kengkawan...
jom melipat-lipat ganda-gandakan lagi usaha kita...
untuk bulan Jun yang nak menjelma ni...
jom kita:
1.hantar link blog ni kepada semua kengkawan kita via :
-friendster
-facebook
-YM
-email
-sms
-tagged
-blog
-pos laju
-pos lambat
-burung merpati
-etc...
2.memeriahkan lagi blog ini dengan memberikan password kepada semua ahli so that semua orang boleh saja nak create new topic or to share any story or nak buat announcement or nak letak article yang best2 or maybe your new picturessss,yg sememangnya memang kitorang nak tengok..nak tgk jugak wajah2 dewasa kengkawan kita ni... boleh tak anor and yern?? kan kan kan???

ok guys???

Friday, May 22, 2009

hye :)

out pf curiousity

reunion 4 years from now our age ----> 25 years old
:P

anyway

suggested place

1.promenade
2.hyatt
3.Jesselton Point :P

nah tu ja yang lain kamu bg cadangan :)

BTW sapa tu MIKE? adaka mike badge kita ?