Tuesday, June 2, 2009

SMESH: nampaknya semakin hebat..

1.Muhyiddin arah pemantauan sekolah berasrama diperbaiki

PUTRAJAYA: Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster perlu menyediakan mekanisme pemantauan lebih berkesan terhadap Pelan Pendidikan Sekolah Berasrama Penuh (PPSBP) 2008-2015 bagi menjana kecemerlangan sekolah berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pemantauan itu memerlukan kerjasama beberapa bahagian di kementerian terutama Bahagian Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti serta Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

"Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster perlu menyediakan mekanisme pemantauan ini berdasarkan PPSBP serta menyediakan Laporan Kemajuan untuk bahagian serta semua SBP yang boleh digunakan sebagai KPI (Petunjuk Prestasi Utama).

"Langkah ini penting supaya SBP terus menjadi show case untuk kecemerlangan secara menyeluruh," katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Berasrama Penuh ke-36/2009 dan Pelancaran Buku Pelan Pendidikan Sekolah Berasrama Penuh di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha kementerian, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata kemahiran komunikasi, daya saing serta daya kepemimpinan perlu diterapkan di kalangan pelajar SBP kerana kecemerlangan akademik semata-mata tidak mencukupi.

Justeru, katanya, Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kluster serta pengetua SBP perlu meneliti semula serta merancang aktiviti di SBP supaya mampu melahirkan pelajar dengan personaliti unggul dan holistik.

"Hari ini, kecemerlangan SBP terus disaingi oleh pencapaian hebat Sekolah Menengah Premier, Sekolah Kluster Kecemerlangan, sekolah swasta dan juga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

"Maka, pendekatan untuk melonjakkan kecemerlangan SBP perlu diperbaiki supaya dapat memberi impak positif dalam memajukan sekolah ini untuk mencapai visi SBP iaitu `Melahirkan Pemimpin Bertaraf Dunia'," katanya.

Muhyiddin berkata, dari segi pencapaian akademik bagi tahun lalu, seramai 3,540 pelajar SBP memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), manakala 1,466 pelajar memperoleh semua A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Saya gembira kerana pencapaian cemerlang akademik pelajar SBP turut diseimbangkan dengan pencapaian mereka dalam bidang kokurikulum hingga ke peringkat antarabangsa," katanya.

Muhyiddin turut menyebut beberapa kejayaan SBP seperti kejayaan Kolej Tunku Kursiah menduduki tempat ketiga dalam Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi Intel di Amerika Syarikat tahun lalu, manakala Sekolah Menengah Sains Muhamad Jiwa pula mendapat tempat pertama Best Presenter di International Student Science Fair 2006 di Korea Selatan.

Sekolah Menengah Sains Sabah terpilih mewakili Malaysia untuk Pertandingan Robotik Dunia 2007 di Taiwan dan tahun lalu di Jepun serta mendapat Excellent Award sebagai antara 10 kumpulan terbaik dunia untuk pertandingan pada 2007.

Pada majlis itu, Muhyiddin menyampaikan Anugerah SBP Cemerlang Keseluruhan 2008 kepada Kolej Tunku Kursiah dan Anugerah Perdana Akademik kepada Sekolah menengah Sains Hulu Selangor, manakala Anugerah Perdana Kokurikulum dimenangi Sekolah Dato' Abdul Razak di Seremban.



2.ranking SBP-SPM 2008

Berikut adalah ranking penuh 54 buah SBP untuk SPM 2008. Ranking (termasuk subjek EST) yang telah dipaparkan di laman web SBP Excellent adalah seperti berikut :

  1. SASER 1.612
  2. KISAS 1.68
  3. ASIS 1.754
  4. SAMURA 1.83
  5. SESTER 1.841
  6. INTEGOMB 1.883
  7. SAINS JOHOR 1.906
  8. TKC 1.930
  9. SEPINTAR 1.951
  10. SESERI 1.979
  11. KUSESS 1.99
  12. BRAINS 2.004
  13. SEMASHUR 2.014
  14. SMSSI 2.005
  15. SEMESTA 2.059
  16. MCKK 2.073
  17. MOZAC 2.084
  18. SBPI SELANDAR 2.075
  19. SMAPK 2.11
  20. SAS 2.108
  21. FARIS PETRA 2.135
  22. SESMA 2.142
  23. ITEM 2.143
  24. STJ 2.171
  25. SAINA 2.171
  26. SMAPL 2.198
  27. INTERSABER 2.193
  28. SSP 2.188
  29. STF 2.221
  30. SBPI JEMPOL 2.248
  31. SYTRA 2.266
  32. SMACH 2.269
  33. SMSS 2.289
  34. SMSAH 2.305
  35. IGOP 2.277
  36. SMESH 2.321
  37. SBPI Kubang Pasu 2.307
  38. SBPI PEKAN 2.355
  39. INTEK 2.382
  40. SERATAS 2.409
  41. SEMSAS 2.406
  42. SDAR 2.419
  43. SCIPP 2.437
  44. SAINS KUCHING 2.438
  45. SHAH PEKAN 2.434
  46. SAINS MIRI 2.44
  47. SEMUJI 2.446
  48. SEMESTI 2.447
  49. SAKTI 2.444
  50. STAR 2.456
  51. SOKSEK 2.604
  52. SAINS LAHAD DATU 2.621
  53. SAINS DUNGUN 2.637
  54. SAINS LABUAN 2.822

wawawawa..
nmpaknya SMESH da kehadapan..
baguslah adik2 kita d smesh dah pun sedar akan kepentingan untuk cemerlang dlm akademik n kokum..moga2 mereka jugak cemerlang dlm aspek kerohanian dan mempunyai sahsiah dan akidah yg baik..huhuhu...
smesh da mnjadi kuasa kokum n kuasa akademik d rantau zon SQL..
tahniah..

my point is, kecemerlangan SMESH hari ni dikatakan bermulanya dr badge kita..
semangat yg kita pamerkan untuk berjaya dlm semua aspek menjadi contoh dan tauladan buat mereka untuk brjaya..(bukan sy yg nak memandai cakap cam ni k, ni cikgu2 SMESH yg gtau sy...)

wah,alangkah terharunya..ya lah, pabila badge kita d anggap sbg badge contoh, mstilah kita berbangga bukan?? huhuhu..

dan sy dan kengkawan yg lain pun ingin tahu gak perkembangan anda2 semua..
nak tau gak kecemerlangan anda2 semua dlm semua aspek..
dgr2 ramai kengkawan kita d UMS aktif ngan aktiviti debat..
wah,hebatnya...
ada jugak yg jd MPP msa d matrikulasi dlu kan??
wawawa...pemimpin yg hebat gitu..
ada x yg jd MPP d univ??
4 ur information, rakan kita Mohd.Shafwan Abd.Wahab merupakan presiden of student association d Univ.Malaysia Terengganu!!(camana sy tau?? sy baca blog dia la.. kehkehkeh..)
wawawa,,,
tahniah shafwan,anda memang pemimpin yg hebat..
moga menjadi pemimpin yang d segani ramai gitu...
(dan moga2 sy jugak jadik pemimpin yg baik since i'm also one of the JJM Medical College students' association members...i'm the only malaysian who manage to be in this association.. hihihi...)

bagaimana pulak ngan rerakan yg lain??
pls inform us, lets share the moments of glory..
cewah...

p/s: nak dgr update dr rakan2 kita e.g..khairee, azira, hairul, along,zarith, ronny sandau, hafiz hamjah, budak2 ums, jamilah(where is jaymee????), shafwan(camana prasaan jd presiden???),razi,kengkawan yg ada d malaysia dan d negara org...

guys, cepat2..
x sabar2 nak dgr update dr anda semua..

promotion: sila2 la ke blog yern.. blog paling laris sekali..hebat!! ramai sekali followers dia.. hebat hebat hebat!!!! hehehe..

3 comments:

yern said...

promotion ditutup.
sekian.

OrynGeJuiCe said...

wahhh~~~ hebat2...sy wlupn teda jwtan tp sy bangga mjadi ank sbh...sy telah mmimpin mereka y x tau bbhs sabah utk bljr bhs sy...kah3.......

future phenomenon said...

salam tumpang ziarah. jika ada yang berminat dengan teori konspirasi, sejarah nusantara yang hilang, sufism, kebangkitan akhir zaman..sila lah ke nusanaga.blogspot.com

harap salam ukhwah akan bertaut demi masa depan..sekian